Showing posts with label Aisyah. Show all posts
Showing posts with label Aisyah. Show all posts

Saturday, May 5, 2018

Aisyah

Aisyah dilahirkan pada pukul 3 setengah pagi Dec 19** di Grand River Hospital, Kitchener, Ontario, Canada. Masa nak keluar dari rumah, salji dah mula turun sikit-sikit. Hospital sunyi sebab ramai staff yang masih bercuti Krismas. Doktor kami baru aje habis bercuti dan datang pukul 12 tgh malam tu untuk menyambut Aisyah.

Masa tu ayah dan Rayyan (2 tahun) tunggu diluar bilik bersalin sebab nurse tak bagi Rayyan masuk. Tapi bila Rayyan dah tertidur dalam stroller, nurse benarkan mereka masuk. Ayah tolong doktor sambut kelahiran Aisyah.

Aisyah nampak demok dan montel walau 3.3 kg aje, patutlah degil sangat nak keluar. Mata sepet dan rambut licin seperti diminyak. Nurse tanya ummi ni Cina kawin Arab ke? Muahahaha... tapi ayah dengan janggutnya, memang nampak macam Bangla+middle eastern pun, pernah kena tahan masa nak naik flight ke Halifax. 

Rambut Aisyah cuma berubah jadi halus dan kering lepas tali pusat tanggal 2 minggu kemudian. 

Bila dengar suara Aisyah menangis, Rayyan terus terjaga. Rayyan tak nak pandang kat Aisyah pun, tapi semua orang faham. Lepas tu ayah dengan Rayyan balik ke rumah. Subuh tu ummi mengantuk sangat, bila nurse tanya nak letak Aisyah dalam bilik baby ke, cepat-cepat ummi setuju. Nurse datang 2 jam sekali untuk bagi Aisyah minum.

Pagi tu, ummi selalu jenguk ke luar tingkap, tunggu ayah dan Rayyan. Dari bilik hospital tu, ummi boleh nampak tempat letak kereta. Salji dah semakin tebal. Tiba-tiba ummi nampak ayah sorong stroller Rayyan melawan salji yang dah dikikis. Ummi rasa sedih, macammanalah Rayyan malam tadi tidur tanpa ummi. Mulai hari ini, tentu masa ummi akan lebih pada Aisyah, sedangkan sebelum ini di mana ada ummi, di situlah juga ada Rayyan

Tuesday, August 18, 2009

Aisyah 1 - 12 tahun




nampak je lembut, hakikatnya ...... singa!



Monday, August 17, 2009

Aisyah 1 - 10 Bulan

Aisyah anak ke 2.   Ejaan nama Aisyah ni paling susah orang luar nak sebut.   Orang Arab panggil A-i-syah, orang putih panggil I-syah, atau Ai-sy-ah.    Semasa Aisyah baby, ummi cuba konsep yang orang putih guna supaya anak tak bangun malam.  Menangis malam pertama, tunggu seminit baru respon, malam kedua tunggu 3 minit, malam ketiga  tunggu 5 minit.  Malam ke 4 dan seterusnya, Aisyah tidur sampai pagi.  Bilik kena tenang dan takde bunyi bising semasa 3 malam tu, untuk konsep ni berjaya.

      

....my sweet little Dollie...